AKTIVITI PENGAJARAN 1


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (PENGAJARAN MAKRO)
                     
Mata pelajaran                      : Matematik
Kelas                                      :Tahun 2 Arif
Tarikh                                     : 11 November  2011
Masa                                      : 5.00 – 5.30 p.m (30 minit)
Bilangan murid                    : 25 orang
Bidang pelajaran                 : Wang Hingga RM 100
Hasil pembelajaran             : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
§ Menukarkan wang kertas sehingga RM100 dengan kombinasi wang yang betul

           
Perbendaharaan Kata        :Matawang, Wang kertas, Duit syiling, Ringgit, Sen, Harga, Nilai,
 Jumlah, Kombinasi

Ilmu                                        : Pendidikan seni visual

Nilai                                        : Bertanggungjawab, menghargai, kerjasama, jimat cermat

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran Berfikir              : Mencirikan, membanding beza, mengkategori,

Kemahiran Belajar               : Mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat.

Kecerdasan Pelbagai         : Kontekstual, interpersonal, verbal-linguistik, spatial,

Bahan Bantu Mengajar      : Cetakan wang kertas bersaiz besar, Cetakan duit syiling bersaiz
besar, Lembaran Aktiviti , Gambar duit syiling, Gambar wang
kertas, Kertas mahjong, Gunting , Gam

Pengetahuan sedia ada     : Murid telah mengenali nilai yang terdapat pada mata wang Malaysia
  melalui ciri warnanya.



Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)

Soal jawab:
Jumlah tabungan saya ialah lima belas ringgit.
(Menulis ‘RMI5’ pada papan tulis)


§ Guru menunjukkan sebuah tabung dan meminta murid menyatakan kegunaan tabung.

§ Seorang murid diminta menulis jumlah tabungan di papan putih

§ murid menceritakan tentang wang tabungan mereka

§ Murid menulis di papan putih jumlah tabungannya dalam bentuk nombor.

Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh kelas

BBM:
Wang kertas duit syiling contoh.



Menstruktur/ Menstruktur semula
(10 min)


Wang kertas yang saya tabungkan ialah satu keping sepuluh ringgit dan satu keping lima ringgit.

Bolehkah saya gunakan wang kertas lain untuk mendapatkan jumlah yang sama? Tunjukkan saya.


§ Guru menyuruh murid tersebut melekatkan cetakan wang kertas untuk menunjukkan nilai jumlah wang yang ditabung

§ Guru memilih beberapa murid lain  untuk melekatkan kombinasi cetakan wang kertas yang berbeza.

§ Guru berbincang dengan murid  untuk membandingkan jawapan mereka



§ Murid melekatkan cetakan wang kertas  pada papan tulis mengikut nilai jumlah tabungan yang disebutkan.

§ Murid lain diminta melekatkan kombinasi cetakan wang kertas yang berbeza pada papan tulis.


Strategi/
Teknik:
Aktiviti inkuiri dalam kumpulan

BBM:
Cetakan saiz besar wang kertas RM50



Aplikasi Idea
(10 min)

Ada berapa keping wang kertas RMl
dalam RMl6?

Ada berapa keping wang kertas RM5
dalam RM20?

Ada berapa keping wang kertas RM5
dalam RM45?

Ada berapa keping wang kertas RMl0
dalam RM60

§ Aktiviti permainan ‘Kotak Beracun’.

§ Masukkan kad soalan ke dalam kotak.

§ Guru menerangkan peraturan permainan.

§ Muzik dimainkan. Kotak tersebut diedarkan daripada murid ke murid yang lain.



§ Murid bermain permainan kotak beracun

§ Apabila muzik dihentikan, murid yang memegang ’kotak beracun’ tersebut akan mengambil satu kad soalan daripada dalam kotak.

§ Murid tersebut hendaklah membaca soalan dan memberikan jawapan yang betul dengan melekatkan cetakan wang kertas yang betul pada papan tulis.

§ Semak jawapan bersama-sama. Sekiranya jawapan tersebut salah, soalan akan dibuka kepada murid yang lain.

§ Soalan yang telah dijawab perlu dikeluarkan dari kotak tersebut.

§ Permainan diteruskan hingga selesai

Strategi:
Perbincangan kumpulan
Sumber pengajaran: slaid PP

Nilai murni:
Penglibatan aktif, kerjasama,
Kreatif

BBM:
lembaran aktiviti, gambar duit syiling, gambar wang kertas, kertas mahjong, gunting dan gam


Refleksi/
Penutup
(5 min)


§ Edaran lembaran kerja

§ Murid memadankan nilai wang dengan kombinasinya

Strategi:
Penyoalan keseluruhan kelas



No comments:

Post a Comment